Monday, 30 March 2015

permainan tradisional pantai timur

Kelantan

Wau Bulan - Permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional di Kelantan. Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai. Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi, wau kucing, wau merak, wau bulan dan lain-lain lagi. Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.


Terengganu

Gasing - Salah satu permainan tradisional di Terengganu.Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Pahang


Congkak - Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Walaubagaimanapun, permainan tradisional negeri-negeri pantai timur adalah hampir sama dan boleh dikatakan hampir sumua negeri pantai timur bermain permainan tradisional yang sama.

No comments:

Post a Comment